LAIN-LAIN PRODUK

Nano Energy Flask berfungsi untuk mengubah komposisi air yang berasid kepada air yang beralkali. Ramai di antara kita yang belum sedar tentang hakikat bahawa air minuman yang kita minum setiap hari sebenarnya mengandungi asid yang tinggi di mana ianya amat berbahaya kepada sistem imuniti badan untuk jangka masa panjang. Selain dari kandungan asid yang tinggi, air minuman harian kita juga mempunyai molekul-molekul yang agak besar dan ini membuatkan sistem badan sukar menyerap zat-zat air dengan sempurna. Dengan memahami Carta Nilai pH Air seperti di bawah, anda mampu mengetahui sejauh mana kebenaran tentang air minuman harian kita.


NANO ENERGY FLASK JENAMA CY2000






Produk keluaran CY2000, Nano Energy Flask kami ini sememangnya dihasilkan semata-mata untuk memenuhi keperluan gaya hidup sihat masyarakat kita yang semakin diancam oleh pencemaran dan pelbagai jenis penyakit. Menggunakan teknologi Nano, bahagian badan termos ini diperbuat daripada "stainless steel", komposit bahan nano, seramik biokimia sera batuan daripada gunung berapi; dan biomagnet di dalamnya mampu merembeskan mineral-mineral  yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Ini menggalakkan proses penukaran air minuman harian yang biasa kepada air tenaga nano. Air yang dihasilkan selepas dimasukkan ke dalam Nano Energy Flask CY2000 in sememangnya seakan-akan beralkali secara semulajadi kerana teknologi nano yang digunakan mampu memecahkan molekul-molekul air kepada saiz yang sangat kecil seterusnya membantu sistem badan kita menyerap segala mineral dalam air dengan lebih sempurna.  



Selain daripada itu, demi memastikan kualiti kami jauh lebih baik berbanding pesaing di pasaran, Nano Energy Flask CY2000 juga memiliki penapis istimewa di bahagian dalam termos ini. Ini adalah untuk kesan yang lebih optimum dalam menghasilkan air tenaga nano yang sangat berkualiti. Penapis bahagian dalam termos ini terdiri daripada 6 jenis batu mineral yang sangat istimewa. Batuan mineral tersebut adalah :
  •  Water-Soluble Calcium Carbonate Ore - berasal dari Futamata Hot Spring, Hokkaido, Jepun. Berfungsi untuk menyerap dan menguraikan pepejal toksik dalam air.
  • Tourmaline Ceramics - berasal dari Brazil. Berfungsi untuk menjana proses elekrolisis, menghasilkan ion negative dan infra merah jarak jauh, meningkatkan penyerapan oksigen dan pengionan molekul air (micro-clustering).
  • Coral Fossil (Weathered Coral) - berasal dari kawasan perlombongan di Hokkaido, Jepun. Berfungsi untuk mengeluarkan 25% kandungan mineral di dalam air dan menjadikan kualiti air yang lebih lembut dan halus.
  • Binchotan Charcoal - berupaya untuk menyerap klorin, logam berat dan bahan pencemaran. Mampu mengeluarkan inframerah jarak jauh ketika proses pembersihan air dan menghasilkan air yang selamat diminum dan lebih rasa lazat. 
  • Maifanshi Stone - berfungsi untuk membebaskan kandungan mineral dan menggalakkan air agar menjadi lebih aktif untuk menghancurkan bahan pencemaran. Ianya adalah tambahan kepada pemakanan di Jepun dan telah terbukti memiliki kesan pembasmian kuman yang sangat hebat.
  • Dechlorinating Ceramics - mempercepatkan proses penghancuran dan penyingkiran klorin serta bau-bau yang kurang menyenangkan dari dalam air.

KEBAIKAN AIR TENAGA NANO
  • Meningkatkan metabolisma dan daya imunisasi badan
  • Meningkatkan aktiviti enzim
  • Mengurangkan beban hati
  • Membersihkan racun asap rokok, menyingkirkan racun arak, mengurangkan lipid dan mengubati penyakit gout
  • Mengekalkan kelancaran saluran pencernaan dan menyembuh serta menghindarkan daripada sembelit
  • Menyembuhkan tubuh badan yang berasid (tubuh yang berasid boleh membawa ke arah penyakit kanser)
  • Membersihkan darah, menyembuhkan arterioklerosis, angin ahmar dan serebrovaskular
  • Menyembuhkan tekanan darah tinggi dan diabetes.
  
VIDEO EKSPERIMEN AIR TENAGA NANO

Untuk membuktikankan dengan lebih jelas tentang kualiti dan kesan Nano Energy Flask CY2000 terhadap air, beberapa eksperimen telah dijalankan dan terbukti Nano Energy Flask CY2000 sememangnya berkesan. Keputusan daripada eksperimen-eksperimen berkenaan dapat anda saksikan melalui sedutan video di bawah